Thursday, August 13, 2009

program ceramah PPU maran

Tahniah kepada perkerakan pemuda umno maran yang mengadakan sesi ceramah untuk cawangan-cawangan umno di DUN chenor. Program tersebut bermula jam 9.00 malam yang terdiri daripada 38 orang ahli cawangan jalan panjang,cawangan kampong dalam,cawangan huma luas. Program tersebut diadakan adalah usahasama daripada pergerakan pemuda umno maran dan juga JASA DUN Chenor.
Turut hadir dalam sesi ceramah tersebut adalah ketua cawangan kampong jalan panjang iaitu Abdul Ghani Bin Ahmad, saudara Taufik Abdul Rafar, pegawai Jasa dun chenor dan tidak ketinggalan pemangku ketua pemuda saudara khirul amin bin osman dan AJK pemuda bahagian maran.
Sessi tersebut bermula dengan luahan dan juga permasalahan pemuda cawangan yang sekian lama mereka pendamkan, antara permasalahan yang diluntarkan adalah penempatan generasi ke-2 kampung yang masih lagi penumpang dirumah keluarga mahupun mereka sudah berumahtangga.namun sudara khairul amin mengambil tindakan supaya pemuda cawangan tersebut menulis surat kepada ADUN kawasan supaya mengambil tindakan segera kerana tapak penempatan sudah dikenalpasti.Banyak idea-idea yang baik dikeluarkan oleh pemuda cawangan untuk menaik taraf hidup dan juga ekonomi mereka tetapi tidak dapat diluahkan kerana tidak dapat berpeluang bercerita dan berkongsi pendapat dengan pemimpin mereka.Pertemuan seperti ini dapat merapatkan hubungan diantara ahli cawanagan dan juga AJK PPU Maran, idea yang bernas akan diguna pakai untuk memantapkan lagi ekonomi dan hubungan pemuda.
Setelah tiada lagi permasalahan yang timbul , sesi ceramah dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh saudar Syaiful Anuar dan Ustaz Syed Fakhruzi, itipati ceramah banyak menyentuh mengenai isu martabat melayu,mengapa melayu harus meneruskan perjuangan di dalam umno? Dan tanggungjawab mentaati pemimpin mengikut konsep islam.ceramah ini juga sedikit sebanyak dapat memberi ilmu kepada ahli pemuda dalam meneruskan perjuangan mereka dalam parti UMNO.
CTB berharap program seperti ini dapat diteruskan ke semua cawangan pemuda umno di maran supaya ianya dapat merapatkan hubungan dan juga dapat mendengar rintihan dan pendapat dari pemuda akar umbi.sekalong terima kasih juga diucapkan kepada ahli pemuda cawangan kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri dan mendengar ceramah tersebut.