Thursday, February 25, 2010

‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’: Rakyat lebih layak menilainya


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm


PUTRAJAYA 25 Feb. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu melepasi dahulu perbicaraan kes liwat yang dihadapi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum layak ‘dianugerahkan’ oscar atau ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010'.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, isteri Anwar itu sepatutnya mencari peguam-peguam terhebat dan bukti-bukti untuk menangkis hujah semasa perbicaraan kes liwat suaminya.

‘‘Sama ada Wan Azizah layak dianugerahkan ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atau mampu terima oscar atau tidak bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh rakyat sendiri.

‘‘Namun bagi saya perbuatan beliau memandang hina sistem kehakiman negara dengan membuat telahan bahawa perbicaraan kes liwat suaminya sebagai usaha untuk membunuh karier politik Anwar adalah satu skrip lakonan yang sangat murah harganya dengan jawatan Ketua Pembangkang yang selama ini mempunyai kedudukan yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais ditanya mengenai kenyataan Datuk S.Nallakaruppan yang ada menyebut nama beliau, apabila secara sinis mencadangkan pengurniaan anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' kepada Wan Azizah atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.

Menurut Nallakaruppan, beliau bersedia mengemukakannya kepada Rais untuk dipertimbangkan.

Sebelum itu, Nallakaruppan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia kelmarin yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripda usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

Rais berkata, sepatutnya Wan Azizah tidak terlalu cepat membuat kenyataan itu kerana ia perbicaraan kes liwat suaminya merupakan soal jenayah di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Tegasnya, ia sama dengan status pendakwaan dan perbicaraan kes rasuah, penipuan dan pembunuhan.

‘‘Dulupun ramai pemimpin dalam kerajaan sendiri menghadapi perbicaraan di bawah undang-undang negara, tanpa helah dan politiking. Antaranya pada 1982 apabila Datuk Mokhtar Hashim dihadapkan ke mahkamah, Datuk Muslim iaitu Exco Kedah serta Tan Sri Kasitah Gaddam begitu juga dan pada era 80-an melibatkan Ketua Menteri Melaka.

‘‘Jadi, kenapa perlu Anwar ‘diistimewakan’. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kesamarataan di sisi undang-undang,” katanya.

Tegas Rais: ‘‘Sebaik-baiknya kes liwat Anwar tidak didebatkan di luar mahkamah.

‘‘Anwar sendiripun telah lepas dari cengkaman mahkamah pada 2004, apa nak ditakutkan menghadapi perbicaraan, takut kerana salah, berani kerana benar.”

Tuesday, February 9, 2010

Dr Zambry...Menteri Besar Perak yang sah


Mahkamah Persekutuan umum keputusan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Besar Perak yang sah.Ia diputuskan sebulat suara oleh penal lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sherif.

Selain Alaudin empat lagi anggota penal hakim ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ariffin yang membacakan keputusan berkata, tidak wujud dua Menteri Besar Perak ketika itu seperti yang didakwa Nizar kerana pelantikan Dr Zambry dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shahberpuashati dengan sokongan semua Adun BN dan tiga Adun Bebas.

Menurutnya Nizar hilang jawatan Menteri Besar Perak sebaik saja dua Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang Adun DAP keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Sementara itu Dr Zambry yang sedang menghadiri tugas rasmi di Kuala Lumpur dalam reaksi segeranya menyuarakan rasa syukur atas keputusan berkenaan.Beliau berharap ia menjadi titik noktah keatas kemelut politik Perak.

Katanya beliau akan terus berkerja untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.Nizar pula ketika ditemui wartawan anggap isu kedudukannya dan politik Perak belum selesai kecuali pilihanraya semula diadakan.

Katanya pihaknya nak kaji beberapa pekara dalam keputusan itu sebelum menentukan nak mohon mahkamah buat semakan atau tidak.



BERITA SEBELUM ITU - Suasana sudah ' panas' menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan siapa Menteri Besar Perak yang sah...Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atau Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin.

Polis telah mengadakan kawalan sekitar kawasan mahkamah di Putrajaya itu.Penyokong Dr Zambry yang berpakaian t-shirt warna kuning datang dengan lapan buah bas.

Penyokong Nizar pula sehingga jam 9 pagi ini baru ada hampir 100 orang saja dan berpakaian biasa.Berdasarkan pemerhatian setakat ini penyokong Dr Zambry lebih dari Nizar.

Sebelum ini Nizar memberitahu sebanyak 10 buah bas penyokongnya hendak turun ke mahkamah.Kira-kira 20 orang penyokong Nizar telah mengadakan solat hajat depan perkarangan mahkamah.

Keadaan kecoh seketika bila Nizar sampai jam jam 9.15 pagi apabila penyokongnya cuba rempuh masuk sama ke dalam mahkamah.

Sementara itu ada kalangan wartawan dan jurugambar sudah datang ke mahkamah sejak jam 7 pagi.Pihak mahkamah haya mengeluarkan 25 pas sahaja untuk mereka.Maka kebanyakannya kena tunggu di luar.

Pada jam 9.50 pagi jumlah penyokong Nizar pula kelihatan lebih ramai dari penyokong Dr Zambry.

Mahkamah mula bersidang jam 10.05 pagi dan hakim mula membacakan latar belakang kes.LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL.