Thursday, February 25, 2010

‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’: Rakyat lebih layak menilainya


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm


PUTRAJAYA 25 Feb. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu melepasi dahulu perbicaraan kes liwat yang dihadapi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum layak ‘dianugerahkan’ oscar atau ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010'.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, isteri Anwar itu sepatutnya mencari peguam-peguam terhebat dan bukti-bukti untuk menangkis hujah semasa perbicaraan kes liwat suaminya.

‘‘Sama ada Wan Azizah layak dianugerahkan ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atau mampu terima oscar atau tidak bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh rakyat sendiri.

‘‘Namun bagi saya perbuatan beliau memandang hina sistem kehakiman negara dengan membuat telahan bahawa perbicaraan kes liwat suaminya sebagai usaha untuk membunuh karier politik Anwar adalah satu skrip lakonan yang sangat murah harganya dengan jawatan Ketua Pembangkang yang selama ini mempunyai kedudukan yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais ditanya mengenai kenyataan Datuk S.Nallakaruppan yang ada menyebut nama beliau, apabila secara sinis mencadangkan pengurniaan anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' kepada Wan Azizah atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.

Menurut Nallakaruppan, beliau bersedia mengemukakannya kepada Rais untuk dipertimbangkan.

Sebelum itu, Nallakaruppan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia kelmarin yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripda usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

Rais berkata, sepatutnya Wan Azizah tidak terlalu cepat membuat kenyataan itu kerana ia perbicaraan kes liwat suaminya merupakan soal jenayah di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Tegasnya, ia sama dengan status pendakwaan dan perbicaraan kes rasuah, penipuan dan pembunuhan.

‘‘Dulupun ramai pemimpin dalam kerajaan sendiri menghadapi perbicaraan di bawah undang-undang negara, tanpa helah dan politiking. Antaranya pada 1982 apabila Datuk Mokhtar Hashim dihadapkan ke mahkamah, Datuk Muslim iaitu Exco Kedah serta Tan Sri Kasitah Gaddam begitu juga dan pada era 80-an melibatkan Ketua Menteri Melaka.

‘‘Jadi, kenapa perlu Anwar ‘diistimewakan’. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kesamarataan di sisi undang-undang,” katanya.

Tegas Rais: ‘‘Sebaik-baiknya kes liwat Anwar tidak didebatkan di luar mahkamah.

‘‘Anwar sendiripun telah lepas dari cengkaman mahkamah pada 2004, apa nak ditakutkan menghadapi perbicaraan, takut kerana salah, berani kerana benar.”

Tuesday, February 9, 2010

Dr Zambry...Menteri Besar Perak yang sah


Mahkamah Persekutuan umum keputusan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Besar Perak yang sah.Ia diputuskan sebulat suara oleh penal lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sherif.

Selain Alaudin empat lagi anggota penal hakim ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria. Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ariffin yang membacakan keputusan berkata, tidak wujud dua Menteri Besar Perak ketika itu seperti yang didakwa Nizar kerana pelantikan Dr Zambry dibuat selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shahberpuashati dengan sokongan semua Adun BN dan tiga Adun Bebas.

Menurutnya Nizar hilang jawatan Menteri Besar Perak sebaik saja dua Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang Adun DAP keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Sementara itu Dr Zambry yang sedang menghadiri tugas rasmi di Kuala Lumpur dalam reaksi segeranya menyuarakan rasa syukur atas keputusan berkenaan.Beliau berharap ia menjadi titik noktah keatas kemelut politik Perak.

Katanya beliau akan terus berkerja untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.Nizar pula ketika ditemui wartawan anggap isu kedudukannya dan politik Perak belum selesai kecuali pilihanraya semula diadakan.

Katanya pihaknya nak kaji beberapa pekara dalam keputusan itu sebelum menentukan nak mohon mahkamah buat semakan atau tidak.



BERITA SEBELUM ITU - Suasana sudah ' panas' menjelang keputusan Mahkamah Persekutuan siapa Menteri Besar Perak yang sah...Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atau Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin.

Polis telah mengadakan kawalan sekitar kawasan mahkamah di Putrajaya itu.Penyokong Dr Zambry yang berpakaian t-shirt warna kuning datang dengan lapan buah bas.

Penyokong Nizar pula sehingga jam 9 pagi ini baru ada hampir 100 orang saja dan berpakaian biasa.Berdasarkan pemerhatian setakat ini penyokong Dr Zambry lebih dari Nizar.

Sebelum ini Nizar memberitahu sebanyak 10 buah bas penyokongnya hendak turun ke mahkamah.Kira-kira 20 orang penyokong Nizar telah mengadakan solat hajat depan perkarangan mahkamah.

Keadaan kecoh seketika bila Nizar sampai jam jam 9.15 pagi apabila penyokongnya cuba rempuh masuk sama ke dalam mahkamah.

Sementara itu ada kalangan wartawan dan jurugambar sudah datang ke mahkamah sejak jam 7 pagi.Pihak mahkamah haya mengeluarkan 25 pas sahaja untuk mereka.Maka kebanyakannya kena tunggu di luar.

Pada jam 9.50 pagi jumlah penyokong Nizar pula kelihatan lebih ramai dari penyokong Dr Zambry.

Mahkamah mula bersidang jam 10.05 pagi dan hakim mula membacakan latar belakang kes.LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL.


Monday, January 25, 2010

PR sudah huru - hara

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan mesyuarat khas Biro Politiknya Selasa depan bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin yang membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah.

Setiausaha Agung PKR yang baru, Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Agendadaily, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen PKR hari Sabtu membuat laporan polis terhadap Khalid kerana kenyataannya mengenai isu kalimah Allah disifatkan boleh mengelirukan umat Islam.

Ini bukan kali pertama Zulkifli bertelagah dengan Khalid kerana sebelum ini mereka berdua pernah saling melemparkan kenyataan sehingga menyebabkan Zulkifli pernah diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR.

Ditanya lebih lanjut, Saifuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat Biro Politik terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan rasmi mengenainya dibuat.

Sementara itu Khalid nampaknya tidak ambil kisah dengan laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli dan sebaliknya tetap berpegang dengan kenyataannya sebelum ini kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan pendirian rasmi Pas dan PKR.

Beliau juga mempersoalkan kepada Ahli Parlimen PKR itu tidak buat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana mempunyai pendirian yang sama dengannya.

Khalid hairan kenapa Zulkifli berminat sangat dengan dirinya.24/1/2010


www.agendadaily.com/

Sunday, January 24, 2010

tidak semudah yang diucapkan

CTB terbaca sinar harian pada minggu lepas yang mengesahkan PKR pahang dibawah kepimpinan Dato Fauzi akan menawan Pahang dalam PRU13 nanti , namun kenyataan itu di bidas oleh Dato Tan Aminuddin yang menyatakan bahawa kepimpinan Barisan Nasional setiasa memastikan bahawa kehendak rakyat pahang tidak diabaikan .

Hari ini di gemparkan bahawa Timbalan Pengerusi PKR negeri Pahang meletakkan jawatannya setelah mendapati pucuk pimpinan PKR Pahang tidak lagi memberi kepercayaan kepada beliau untuk bersama-sama membangunkan parti itu di negeri ini.


ini menampakkan kepimpinan PKR pahang telah goyah dan menanti belah....

kekalkan keamanan negara


TEMERLOH – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa golongan ekstremis politik supaya lebih berhati-hati dan meletakkan keamanan negara lebih dari segala-galanya.

Presidennya, Datuk Paduka Ibrahim Ali berkata, tidak ada maknanya politik diperjuangkan jika negara berada dalam kekacauan dan huru-hara.

“Saya menggesa golongan ini supaya tidak terlalu meletakkan kepentingan politik lebih daripada segala-galanya kerana jika keselamatan negara terancam tidak ada pihak untung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Perkasa peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub di Dewan Tun Razak di sini, semalam.

Ibrahim berkata, Perkasa turut menggesa kerajaan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekacauan dan menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata, kerajaan jangan tunduk dan tidak terpengaruh dengan politik dalam melaksanakan undang-undang demi menjaga keselamatan dan keharmonian negara.

“Tidak ada istilah kompromi kepada sesiapa yang cuba gugat keselamatan negara, melainkan tindakan tegas perlu dikenakan ke atas mereka.

“Kerajaan tidak boleh bertolak ansur kerana jika keselamatan negara tergugat dan terancam, tidak ada pihak untung malah akan menyulitkan lagi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kerajaan perlu bijak menangani masalah keselamatan negara supaya ia benar-benar terjamin.

Ibrahim juga memohon Perdana Menteri supaya menekankan aspek penyusunan semula masyarakat khususnya Orang Melayu dengan meletakkan 30 peratus bidang ekonomi baru ditentukan dalam perancangan ekonomi yang belum tercapai.

“Ini yang Perkasa memandang serius hak-hak istimewa Orang Melayu yang perlu diberi perhatian serius kerajaan,” katanya.


www.sinarharian.com/

Friday, January 22, 2010

Istiadat pemasyhuran 2 petang esok

Johor Bahru 22 Jan. - Pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkannya.

— BERNAMA

sultan johor mangkat



www.agendadaily.com



AL-FATIHAH-Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat jam 7.08 malam Jumaat. Agenda Daily di maklum oleh Ketua Penenerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim. Terdahulu sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar di masukkan ke hospital setelah gering. Ekoran itu Jemaah Sultan Johor telah melantik Tuanku Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor.- 22/1/2010

program ceramah di cawangan kampung jara






CTB berkesempatan bersama-sama dengan kepimpinan PPU Maran dalam program ramah mesra di cawangan kampung jara, kuala sentul. seperti biasa program dialog di buat dan di buka kepada ahli pemuda cawangan untuk melontarkan permasalahan mereka.

Perkara yang menarik perhatian CTB adalah, ahli cawangan bertanya mengenai bagaimana cara AJK PPU Maran menyalurkan mamlumat kepada ahli di cawangan sedangkan cawangan di maran banyak?........namun jawapan yang diberikan oleh pemangku ketua pemuda amat jelas," setiap program yang akan dijalankan PPU Maran akan menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada setiap ketua pemuda cawangan yang ada dalam bahagian maran dan meminta ketua pemuda cawangan memanjangkan pesanan tersebut kepada ahli-ahli nya...selain itu juga ahli cawangan boleh melayari blog pemuda maran untuk mendapatkan info-info terkini dan juga sekala isu-isu semasa yang berlaku di alam maya."



blog pemuda maran : http://ppumaran.blogspot.com/

selain itu juga ahli pemuda cawangan boleh mendekati pemangku ketua pemuda @facebook.com http://www.facebook.com/profile.php?id=1198271420


Lagi yang menarik adalah ada seorang ahli pemuda Pas turut hadir dalam program tersebut, sewaktu ceramah yang disampaikan oleh saudara saiful anuar beliau hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan isu khalimah ALLAH yang di politikkan oleh pembangkang. Syabas diucapkan kepada PPU Maran kerana dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan ahli pemuda cawangan kampung jara, semoga ianya dapat memberi impak kepada meraka.insyallah.

program ceramah PPU di jengka 2





tahniah CTB ucapkan kepada PPU maran kerana dapat meneruskan program ceramah dan penerangan isu-isu semasa di bilik gerakan JKKK jengka 2. turut hadir dalam sessi tersebut adalah pengerusi JKKK jengka 2 saudara Mat Napi bin Keria ketua pemuda cawangan jengka 2 dan ahli-ahli nya.

Selain ceramah program ini juga memberi peluang kepada pemuda cawangan untuk berdialog dengan kepimpinan PPU Maran untuk meluahkan segala permasalahan yang ada dikalangan pemuda itu sendiri. Setelah segala permasalahan di jawap oleh Pemangku Ketua Pemuda Maran, program di teruskan dengan sessi ceramah yang di sampaikan oleh saudara Saiful Anuar selaku pengerusi biro agama PPU maran yang menceritakan tentang isu penggunaan khalimah ALLAH oleh kristian. Penceramah kedua pula saudara Alinuddin bin ismail membawa isu politik semasa yang digembar-gemborkan oleh pembangkang sekarang.

pendekatan yang sedemikian patut diteruskan untuk memberi peluang kepada ahli pemuda cawangan untuk bersuara dan mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah mereka selain daripada merapatkan hubungan diantara kepimpinan pemuda maran dan ahli cawangan .

Sunday, January 3, 2010

SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT BELAJAR

Terlebih dahulu CTB memohon ampun dan maaf sebab sudah sekian lama tidak melepaskan pandangan dalam menulis blog ...... pertamanya CTB mengucapkan selamat bertugas kepada para tenaga pengajar , didik lah anak bangsa mu dengan ikhlas.

tak ketinggalan kepada kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah yang akan memulakan sessi persekolahan pada esok pagi, diharapkan para ibu bapa dapat memberi semangat kepada anak-anak mereka supaya belajar bersunggguh-sungguh dan menjadi insan yang berilmu dihari kelak....

teringat CTB masa dibangku sekolah dahulu, bila sessi sekolah bermula semua nya nak baru, kasut baru, beg baru, baju baru tanpa memikirkan yuran yang akan ditanggung oleh mak dan ayah.... sebentar tadi CTB bertemu dengan sahabat yang merungut mengenai yuran sekolah yang ditanggung untuk mempersekolahkan anaknya seramai 5 orang... yuran untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2010 hendak lah dijelaskan yurannya sekali gus termasuk yuran peperiksaan dan juga yuran sekolah termasuk PIBG....diharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menkaji semula yuran sekolah kerana setiap sekolah berlainan yurannya .

bagi keluarga yang berpendapatan rendah ianya akan membebankan dan akan menyebabkan anak keluarga tersebut tidak dapat meneruskan persekolahan kerana kesempitan wang , namun tahniah juga diucapkan kepada para penjaga yang berpendapatan rendah kerana dapat menyediakan wang yang secukupnya untuk memhantar anak mereka ke sekolah ,mereka terpaksa menyimpan duit ringgit dari 4 bulan lepas untuk sessi persekolahan diawal tahun., betapa besarnya pengorbanan dan tanggungjawap ibu bapa untuk sekolah kan anak mereka... ini akan menaikkan semangat juang kepada anak mereka supaya belajar erti kesusahan keluarga dan belajar bersungguh-sungguh untuk membantu kembali keluarga mereka.

akhir kata dari CTB , belajar lah bersungguh wahai anak bangsaku , sesungguhnya tidak bererti sesuatu kehidupan jika tidak berilmu.....selamat maju jaya...