Saturday, February 7, 2009

BIRO SUKAN

sabtu (05/02/2009) 9.00 malam, bertempat di dewan kg luit Biro sukan telah mengadakan pertandingan persahabatan badminton antara AJK Biro dengan ahli pemuda di peti undi kg luit. Terlebih dahulu CTB memohon maaf kerana tidak dapat hadirkan diri diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan . walau bagaimana CTB tetap akan mengambil tahu dari masa kesemasa tentang segala aktiviti yang dijalankan oleh pemuda bahagian maran walaupun ianya biro yang berlainan.
CTB difahamkan, pada saat pertandingan bermula bekalan elektrik telah terputus menyebabkan pertandingan tersebut terpaksa dihentikan sehingga bekalan tersebut disambung pada pukul 10.00malam. semua pemain menanti dengan penuh sabar sehingga selesai penyambungan yang dibuat oleh TNB.
Naib ketua pemuda saudara khairul amin dan beberapa AJK bahagian yang lain juga turut hadir dalam menjayakan program tersebut.CTB juga menyucapkan tahniah kepada pengerusi Biro sukan saudara shaiful anuar kerana dapat menjayakan program tersebut walaupun mempunyai masalah bekalan elektrik. namun apa yang penting adalah semangat AJK bahagian dan AJK Biro dapat hadir dalam usaha untuk mendekatkan diri dan bersama-sama dengan ahli pemuda di akar umbi. teruskan usaha demi memantapkan pemuda maran.

1 comment:

  1. Sekalung Tahniah & Pengahargaan kepada semua yang hadir dan terlibat didalam Program Muhibbah tersebut. Ikhlas dari:
    Saiful Anuar Bin Mokhtar
    Biro Belia, Sukan, Kebudayaan, Anti Dadah & Putera UMNO.
    PPU Bahagian Maran, Pahang D.M

    ReplyDelete