Monday, February 23, 2009

ADUN BATANG AI SARAWAK, MENINGGAL DUNIA



www.agendadaily.com

Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak, Datuk Dublin Ingkot meninggal dunia jam 1.25 pagi Selasa pada usia 53 tahun. Mendiang yang diserang angin ahmar Mei tahun lalu, juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai dalam kawasan Parlimen Lubok Antu.

Mendiang yang juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya negeri 2006 dengan mengalahkan calon SNAP, Bawin Anggat. Dengan kematian mendiang, DUN Batang Ai akan menyaksikan satu pilihan raya kecil diadakan kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak belum melepasi tiga tahun atau dua pertiga daripada tempoh penggal DUN Sarawak.

Mei ini, penggal DUN Sarawak akan masuk tempoh tiga tahun. Tempoh penggal pilihan raya Sarawak akan berakhir pada tahun Mei 2011.

Wednesday, February 18, 2009

TIGA CALON PEMUDA UMNO BERDEBAT











Ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO, yang berdebat dalam rancangan bual bicara Hujah malam ini bersepakat untuk membawa perubahan yang lebih mantap kepada pergerakan itu dengan memperkenalkan prinsip perjuangan masing-masing.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO perlu mempunyai satu pakej pengisian prinsip bersama dengan Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi membawa perubahan.
“Rupa bentuk dan pengisian Pemuda BN hanya bergabung semasa pilihan raya, tetapi selepas pilihan raya tidak pernah ada perhatian dan kurang program bersama,” katanya dalam program yang dikendalikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Mohammad Agus Yusof, yang disiarkan di TV9.
Bernama melaporkan Khairy berkata penyelarasan Pemuda Umno dan Pemuda BN juga dapat memperkemaskan semula prinsip dan hak kaum dan secara langsung akan memperkemaskan pergerakan itu sebagai satu gabungan parti nasional.
Ahli Parlimen Jerlun pula, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, berpendapat rombakan dari peringkat kepimpinan tertinggi dan dari kalangan generasi muda akan membawa jati diri lebih kuat untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap Umno.
“Pemuda UMNO perlu bersefahaman dan membetulkan kelemahan yang ada.
“Kepimpinan yang baru itu perlu tegas untuk terus memantapkan UMNO supaya parti tidak menyimpang dari perjuangan asal yang mengamalkan dasar keterbukaan demi kepentingan rakyat,” katanya.
Menurutnya, semua rakyat perlu memahami UMNO adalah parti orang Melayu yang mengamalkan dasar keterbukaan kepada semua rakyat khususnya menjaga kepentingan semua kaum termasuk Cina, India dan kaum etnik lain.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo pula berkata, sayap parti itu perlu menjadi suara kerajaan dan rakyat yang dapat mengimbangi pelbagai isu agar tidak dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
“Pemuda UMNO bukan seperti Pemuda parti lain (pakatan pembangkang) yang hanya menjadi suara rakyat, Pemuda UMNO perlu jadi suara kerajaan dan menerangkan pelaksanaan dasar kerajaan kepada rakyat dengan jelas,” katanya.
Beliau berkata, kemenangan pihak pembangkang di negeri Selangor akan menjadi pengajaran yang digunakan untuk membetulkan kelemahan bagi memantapkan parti UMNO.

PENANGGUHAN PROGRAM

Salam buat semua ahli pemuda maran….seperti yang sedia maklum sebelum ini Biro akan mengadakan program turun padang yang akan menjelajah ke setiap pelusok cawangan di Parlimen maran, namun program tersebut terpaksa di tangguhkan sehingga selesai sidang perwakilan umno yang akan diadakan pada bulan march nanti..

Penangguhan tersebut disebabkan Ahli Jawatankuasa Biro terlibat dalam sessi kempin untuk pemilihan nanti.Namun ianya tidak menyecewakan ahli pemuda maran kerana pada 28/2/2009 nanti akan diadakan program di Felda Jengka 4. Antara isi program tersebut adalah seperti penubuhan semula pemuda cawangan Jengka 4 , Penambahan ahli umno semakan daftar pemilih dan banyak lagi hasil dari kerjasama dengan puteri umno maran.

Semua ahli pemuda maran dijemput untuk hadir untuk bersama-sama menjayakan program tersebut .

Tuesday, February 10, 2009

SERTAI KAMI

kepada semua ahli pemuda yang berada di setiap pelusok daerah maran, sila sertai bantahan terhadap karpal dan nizar dengan memasang reben kuning pada area kereta tanda menyokong kepimpinan tuanku sultan perak dan raja-raja melayu di malaysia. Reben tersebut akan diedarkan bermula pada pagi esok dan akan diaturkan oleh AJK pemuda bahagian maran.
segala masalah sila hubungi biro kami..
sekian terima kasih.

Sunday, February 8, 2009

Salam Perjuangan

Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekretariat Biro kerana berusaha supaya tertubuhnya blog Biro Hal Ehwal Keahlian , Cawangan dan Daftar Pemilih PPU Maran ini. Semoga dengan adanya blog ini akan memberi ruang kepada ahli pemuda dan juga bukan ahli pemuda yang ingin mendapatkan maklumat, berkongsi idea dan juga bertukar fikiran dengan pihak Biro dan juga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Walaupun penubuhan blog biro ini bolehlah dikatakan agak lewat dan ketinggalan zaman tetapi yang mustahaknya ialah kemampuan untuk menerima perubahan dan pandangan masyarakat yang sentiasa memerhatikan parti UMNO ini terutama golongan mudanya. Oleh yang demikian saya menyeru pihak sekretariat dan juga ahli pemuda menggunakan sebaiknya peluang yang ada untuk memperbaiki dan juga memberi khidmat yang terbaik kepada kepada masyarakat di luar sana. Selaku pengerusi biro saya sedar bahawa tidak mungkin semua masalah akan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat tetapi jika semua pihak berusaha dan berpadu tenaga, Insyaallah segala halangan akan dapat di tempuhi.

Sebagai pewaris perjuangan Agama dan bangsa, saya berdoa dan menyeru kepada diri saya, rakan seperjuangan dalam biro, AJK PPU Bahagian dan juga ahli pemuda sekelian supaya sentiasa ikhlas dan tawadduk dalam perjuangan. Segala permasalahan Insyaallah dapat diselesaikan dengan bermesyuarah dan kerjasama. Selamat bekerja dan berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air..

Saturday, February 7, 2009

Badminton di Kampung Luit






6hb Februari 2009
11 malam

BIRO SUKAN

sabtu (05/02/2009) 9.00 malam, bertempat di dewan kg luit Biro sukan telah mengadakan pertandingan persahabatan badminton antara AJK Biro dengan ahli pemuda di peti undi kg luit. Terlebih dahulu CTB memohon maaf kerana tidak dapat hadirkan diri diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan . walau bagaimana CTB tetap akan mengambil tahu dari masa kesemasa tentang segala aktiviti yang dijalankan oleh pemuda bahagian maran walaupun ianya biro yang berlainan.
CTB difahamkan, pada saat pertandingan bermula bekalan elektrik telah terputus menyebabkan pertandingan tersebut terpaksa dihentikan sehingga bekalan tersebut disambung pada pukul 10.00malam. semua pemain menanti dengan penuh sabar sehingga selesai penyambungan yang dibuat oleh TNB.
Naib ketua pemuda saudara khairul amin dan beberapa AJK bahagian yang lain juga turut hadir dalam menjayakan program tersebut.CTB juga menyucapkan tahniah kepada pengerusi Biro sukan saudara shaiful anuar kerana dapat menjayakan program tersebut walaupun mempunyai masalah bekalan elektrik. namun apa yang penting adalah semangat AJK bahagian dan AJK Biro dapat hadir dalam usaha untuk mendekatkan diri dan bersama-sama dengan ahli pemuda di akar umbi. teruskan usaha demi memantapkan pemuda maran.

Friday, February 6, 2009

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : KHAIRUL AMIN BIN OSMAN

TIM. PENGERUSI : NORHISHAM BIN HAJI YAAKOB

SETIAUSAHA : MOHD ZAHARUNN NIZAM BIN MAHMAD



JAWATANKUASA :


SAIFUL ANUAR BIN MOKHTAR

ZONKOFLIE BIN JONID

MAZLAN BIN ABD RAHMAN

AZMAN BIN AB MUTALLIB

NOR BAHTIER BIN ABU BAKAR

MOHD FAIZAL BIN MOHAMMAD ALI

ALIAS BIN AHMAD

ABD AZIZ BIN HAJI DAIN

SYED FAKROZI BIN SYED OMAR

NIK MEGAT BIN NIK MAT

A. RAZAK BIN KADIR

ZAINAL BIN ARSAD

PROGRAM PERTAMA 2009

Malam tadi ( 05 feb 2009) bertempat di felda jengka 4, AJK biro bersama-sama AJK Pemuda Bahagian dan beberapa ahli umno telah mengadakan program pertama Biro sessi 2009 untuk berjumpa dengan ahli pemuda di cawangan-cawangan di peti undi jengka 4 . program tersebut bertempat di kedai saudara Mat Yie yang terletak di kedai mara jengka 4.

Sewaktu CTB sampai di simpang jengka 4, CTB disambut dengan bendera BN dan bendera UMNO. Bendera tersebut dipasang dari simpang hingga ke tempat kami berkumpul di kedai saudara mat yie. Amat terkejut CTB apabila mengetahui bahawa terdapat ceramah PAKATAN RAKYAT berdekatan dengan tempat program. Namun ianya tidak mematahkan semangat CTB untuk bertemu dengan ahli pemuda di peti undi tersebut.

Walaupun sesekali terdengar laungan ‘takbir’ yang di laungkan oleh pihak pakatan namun kami tetap disambut mesra oleh ketua cawangan dan ketua-ketua pemuda peti undi jengka 4. suasana program berlangsungs secara santai dan di jamu kan dengan makan malam yang disediakan oleh saudara mat yie. Turut hadir menjayakan program ini ialah YB Dato shahaniza ADUN kuala sentul dan Ketua Pemuda Bahagian Maran saudara Najuib .CTB menyucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yb Dato dan KP kerana dapat meluangkan masa bersama kami untuk beramah mesra dengan pengundi muda khususnya pemuda di peti undi jengka 4.

Antara aktiviti malam tadi adalah mengedarkan ‘flyers’ yang mengandungi nama ,alamat dan juga nombor telifon semua Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Bahagian Maran dan juga senarai Ahli Jawatan Kuasa Biro Keahlian Dan Daftar Pemilih. Flyers tersebut adalah untuk memberi peluang kepada ahli pemuda cawangan untuk mendekati barisan hadapan Pemuda Bahagian .

Namun CTB sempat mendengan rintihan dan juga masalah ahli yang juga di dengar dan dijawab oleh Pengerusi Biro saudara Khairul Amin. Program seperti akan diadakan disetiap peti undi di Bahagian Maran untuk mendekatkan lagi hubungan antara ahli pemuda dengan peminpin-pemimpin setempat dalam usaha untuk mencari keahlian baru.

Thursday, February 5, 2009

PENDAHULUAN

Assalamualaikum……


Terlebih dahulu cucutokbahaman (CTB) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengerusi biro keahlian dan daftar memilih pemuda umno bahagian maran kerana memberi peluang kepada CTB untuk menulis dan menjalankan segala aktiviti untuk di paparkan di dalam blog ini.


Blog ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada semua ahli pemuda umno khususnya dalam bahagian maran menyenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan untuk memantapkan lagi perpaduan dan hubungan diantara ahli. Selain itu juga dapat kita sesama ahli menukar pandangan dan pendapat untuk menegakkan agama,bangsa dan Negara.

CTB juga berdoa agar penulisan ini tidak tersimpang jauh dari petunjuknya