Friday, May 22, 2009

4 penjuru di penanti

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu satu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga calon Bebas. Proses penamaan calon akan berlangsung esok di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam dan hari pengundian pada 31 Mei.
Kehangatan dan kemeriahan pilihan raya kecil kali ini kurang dirasakan memandangkan Barisan Nasional (BN) pada Isnin lepas mengumumkan tidak bertanding bagi merebut kerusi itu. Calon PKR yang akan bertanding merebut kerusi itu ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman, 56, manakala ahli perniagaan Mohd Saberi Othman, 49, dan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang Aminah Abdullah, 56, telah menyatakan hasrat bertanding sebagai calon Bebas.
Pengurus syarikat Nai Khan Ari, 41, yang telah mengambil borang pencalonan dijangka mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu, hari ini. Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu atas alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah. Pada pilihan raya umum 2008, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari BN tetapi tewas dengan majoriti 294 undi.
DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar - 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Saturday, May 16, 2009

media baru hari ini.....

www. agendadaily.com
Walaupun pembangkang kini bersikap kurang ajar, UMNO begitu juga Barisan Nasional (BN) tidak perlu bersikap serupa untuk menentang parti tersebut tetapi perlu tegas ibarat ‘api kena dilawan dengan api’ juga.
Dalam masa sama UMNO kena mengubati hati orang Melayu yang rata-rata sudah kecewa kerana parti itu dilihat lebih banyak menyenangkan hati orang Cina dan India sedang mereka tidak menjaga hati orang Melayu.
Dua perkara ini adalah antara dibangkitkan dalam Forum ‘Conversation’ Trend Pilihan Raya Kecil” anjuran ibu pejabat UMNO di PWTC Jumaat malam.
Tiga ahli panel adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan penulis blog,Datuk Kadir Jasin, Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Prof Dr Zainal Kling daripada UPSI manakala pengerusinya Datuk Shahaniza Shamsuddin.
Kadir berpendapat, sekiranya hati orang Melayu tidak diubati, UMNO bukan sahaja tidak boleh bangkit kembali ke asal tetapi akan habis dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun katanya, jika ini berlaku, UMNO boleh jadi pembangkang Melayu yang kuat untuk mempertahankan orang Melayu di luar kerajaan seperti sebelum tahun 1959.
Dr Zainal pula berpandangan, isu-isu tempatan yang ada kaitan dengan pengundi menjadi pengaruh besar dalam pilihan raya kecil kebelakangan ini selain faktor keperibadian calon.
Katanya menjadi trend baru juga bahawa isu negara walaupun besar ianya tidak dapat mempengaruhi pengundi sebaliknya mereka mencari parti yang membuat janji populis.
“Contohnya jika kurangkan bayaran air atau turunkan harga minyak. Mereka tidak lagi melihat janji-janji untuk jangka masa panjang terutama soal pembangunan yang dinyatakan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, sikap UMNO yang terlalu defensif terhadap serangan pembangkang memberi kesan buruk apabila ada isu-isu dibangkitkan tidak dijawab.
“Politik kini memasuki permainan baru – lawan tetap lawan tetapi UMNO tidak pernah memburukkan pembangkang termasuk (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Baik atau tak baik, menang atau tak menang, mereka tetap memburukkan UMNO,” katanya.
Mohd Hafarizam pula menceritakan pengalamannya berdepan dengan peguam-peguam mewakili pembangkang termasuk Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang kurang ajar dalam mahkamah.
Sebaik beliau menyentuh isu kurang ajar, Kadir mencelah bahawa UMNO tidak perlu kurang ajar tetapi patut tegas berdepan tindak tanduk pembangkang.
“Mereka (pembangkang) harus ditentang. Harus api dilawan dengan api,” kata penasihat undang-undang UMNO itu yang turut disokong Dr Zainal.
Mohd Hafarizam mengulangi insiden ketika siding Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila speaker S. Sivakumar menjerit-jerit mengarahkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Adun BN serta tiga Adun Bebas keluar.
Pembangkang juga katanya yang mula menyerbu ke ruang penyokong BN.
Forum itu turut menyentuh peranan media baru terutama blog yang dikatakan amat berkuasa tetapi dinafikan Kadir dengan berkata, sebenar media arus perdana yang lemah maka media baru nampak seperti hebat.
Selain itu katanya, ianya berkaitan persepsi sebahagian masyarakat yang sudah ditanam dalam minda mereka bahawa semua berkaitan kerajaan tidak boleh dipercayai.
Dalam isu sama, Mohd Hafarizam pula berkata, masalah persepsi ini jelas dilihat apabila keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada pembangkang.
Bila kerajaan atau BN menang dalam kes di Perak, mereka kata ada tangan ghaib dan keputusan aneh serta menghairankan tetapi sebelum itu bila Nizar menang, mereka kata itu kehendak rakyat,” jelasnya.
Mengenai pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini, Kadir berkata, BN perlu bertanding. “Sama ada pilihan raya umum atau kecil, ianya sama saja. Cakap-cakap tak mahu tanding hanya akan lebih merosakkan BN atau UMNO,” katanya
pendapat CTB pula, cara pembangkang kini memdekati hati rakyat adalah dengan menggunakan segala kemudahan yang ada namun tidak diperaktikkan oleh pemimpin umno mahupun ahli umno, antaranya menggunakan media baru blog, facebook, sms , web site dan sebagainya untuk menghebahkan segala maklumat supaya sampai ke akar umbi. Namun lagi menyedihkan pemimpin umno sendiri ramai yang buta IT. ini menyebabkan pembangkang mengambil peluang dari kelemahan pihak umno sendiri.

Thursday, May 7, 2009

sidang DUN perak kecoh

TERBARU 10.30: Speaker arah bentara DUN Perak iringi Datuk Seri Dr Zambry dan enam Exconya dan tiga ADUN Bebas keluar Dewan. "Saya sekali lagi arahkan 10 orang ADUN ini keluar Dewan serta mereta" kata Sivakumar. Bagaimanapun ADUN BN tetap bertahan di dalam Dewan. - 7/5/2009
10.25: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bawa usul pecat Speaker DUN Perak tapi tidak diendahkan. V Sivakumar dalam responnya kata, usul itu tidak sah kerana Dr Zambry telah digantung dan usul orang yang digantung tidak sah.
10.15 pagi: Sidang DUN Perak kecoh apabila Speaker V. Sivakumar tidak mahu meneruskan sidang selagi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exconya dan tiga ADUN Bebas tidak keluar meninggalkan Dewan. Walaupun Dr Zambry cuba menjelaskan pendiriannya, Sivakumar terus berkata "Saya mahu 10 orang ini keluar Dewan" di sambut denga sorakan "keluar,keluar".

9.30 pagi: Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang Jaya, Zuraida Kamaruddin bersama sembilan yang lain ditahan di luar perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan kerana cuba menyusup masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Beliau ditahan setelah ingkar perintah polis untuk tidak meninggalkan perkarangan bangunan tersebut.
Menjelang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini macam-macam cerita timbul. Bagi yang kaki himpun orang seperti Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dah mula ajak orang sembahyang subuh dengan niat untuk berdemonstrasi di Ipoh. Bagi yang bakal hilang jawatan seperti Speaker DUN Perak, V. Sivakumar, pelbagai usaha dibuat untuk menggagalkan sidang berkenaan termasuk merayu kepada Sultan Perak untuk menangguhkan sidang berkenaan kepada tarikh lain. Namun dalam banyak-banyak ‘hu ha’ yang berlaku itu, paling menarik ialah ‘kenyataan paling gila’ dalam sejarah politik dan perundangan negara oleh orang yang telah hilang jawatan ‘paling kanan’ dalam kerajaan negeri lalu iaitu bos DAP Perak, Ngeh Koo Ham

Wednesday, May 6, 2009

PROGRAM PEMUDA MALAYSIA DI JANDA BAIK, PAHANG


Berikut adalah senarai nama dan pengerusi Biro, Sekretariat dan Unit yang dilantik :
Antaranya:


Khairy Jamaluddin - Biro Politik



Datuk Razali Ibrahim - Pengerusi Biro Pengurusan


Datuk Reezal Merican Naina Merican - Pengerusi Biro Penerangan


Sohaimi Shahadan - Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan


Zubir Zabidi - Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani


Datuk Ahmad Zaki Zahid - Pengerusi Biro Antarabangsa/AMAN Malaysia


Hishamudin Yahya - Pengerusi Biro Keahlian dan Pemilih


Ali Mazat Salleh - Pengerusi Biro Pendidikan Politik



Abdul Razak Abdul Rahman - Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas



Mohd Gasing Saling - Pengerusi Biro Pelajaran



Syahrin Jamaluddin - Pengerusi Biro Pengajian Tinggi



Mohd Affendi Yusoff - Pengerusi Biro Agama


Datuk Mohamad Khairun Aseh - Pengerusi Biro Aduan Komuniti


Datuk Ahmad Darus - Pengerusi Biro Sukan


Jamawi Jaafar - Pengerusi Biro Sukan



Mohamad Iruan Zulkefli - Pengerusi Biro Sosio-Etika (Gejala Sosial)



Megat Zulkarnain Omardin - Pengerusi Biro Putera UMNO



Muhammad Suffian Awang - Pengerusi Sekretariat Perhubungan NGO



Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak - Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar



Tengku Azman Tengku Zainol Abidin - Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar



Shafiqurrahman Shamsuddin - Pengerusi Sekretariat Profesional



MudaNazir Hussin Akhtar Hussin - Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda



Badrol Hisham Zaki - Pengerusi Sekretariat Perhubungan Kerajaan



Mohd Faizal Ramli - Pengerusi Sekretariat Pemuda BN dan1 Malaysia



Lokman Noor Adam - Pengerusi Unit Pidato dan Penghujahan Umum



Tun Faisal Ismail Aziz - Pengerusi Unit Media Baru



Mohd Anis Hisham Abd. Aziz - Pengerusi Unit Perang Saraf



Khairul Azwan Datuk Harun - Pengerusi Akademi Pemuda

Monday, May 4, 2009

Penanti: maruah VS melayan ‘cacamarba’

www.agendadaily.com


Dari segenap sudut lojik akal tiada sebab apapun Barisan Nasional (BN) perlu melayan karenah PKR yang boleh dikira ‘ suka suka’ buka gelanggang pilihanraya kecil di Penanti. Ini kerana pilihanraya kecil yang ditetapkan pada 31 Mei nanti semata-mata diadakan untuk menyelesaikan masalah rumahtangga PKR yang dikatakan nak tendang bekas ADUN Fairus Khairuddin. Namun hingga ke saat akhir menjelang Biro Politik UMNO bermesyuarat hari ini untuk memutuskan ‘ ya atau tidak’ bertanding di Penanti perkiraan sesetengah pimpinan UMNO dikatakan berkisar pada soal maruah parti.
Keputusan yang bakal dibuat hari ini dikira adalah satu langkah besar yakni persimpangan sama ada BN akan terus layan dan layan ‘ jerat’ pembangkang untuk berentap dalam pilihanraya kecil ciptaannya atau sebaliknya. Selepas Penanti di mana rasminya Fairus letak jawatan ‘ kerana nak lanjutkan pelajaran’ BN berkemungkinan besar lepas ini akan berdepan dengan karenah ADUN DAP Kota Alam Shah M. Manoharan di Selangor pula yang sedang timbang nak letak jawatan kerana ‘ kecewa tak dapat berkhidmat’. Ada pemerhati politik yang melihat tindakannya itu tidak lebih daripada cuba highlight soal penahanan ISA kerana kegiatan HINDRAF untuk membakar lagi kemarahan para penyokongnya terhadap kerajaan.
Pokok pangkalnya Manoharan bertanding pilihanraya umum lalu semasa dalam tahanan dan sudah tentu patut sedar beliau tidak mungkin dapat berkhidmat seperti para ADUN lain. Juga tak salah kalau buat andaian beliau nak gunakan alasan ini untuk wujudkan tekanan kepada kerajaan agar membebaskannya dari tahanan ISA. Malah ada yang berpendapat sebab musabab pilihanraya kecil diadakan sejak Datuk Seri Wan Azizah Ismail letak jawatan di Permatang Pauh kerana ‘ suka-suka’ nak beri laluan kepada suaminya,diikuti oleh V Arumugam di Bukit Selambau yang tidak diketahui sebabnya,kemudiannya Fairus dan mungkin lepas ini Manoharan… sudah jadi cacamarba. Maruah satu hal tetapi melayan cacamarba yang tak sudah-sudah adalah satu hal lain.Tak gitu ? -

PROGRAM PEMUDA JENGKA 5




Program tersebut berlangsung pada 2/4/2009 yang bertempat di padang belia felda Kekwa jengka 5. program secara tertutup tersebut dapat mengumpulkan sebanyak 16 kumpulan yang bermula dari pagi hingga petang.Naib ketua pemuda maran saudara khairul amin bin osman dan beberapa AJK pemuda bahagian juga turut hadir dalam upacara penutup tersebut yang disempurnakan oleh ADUN kuala sentul Dato Shahaniza pada pukul 5 petang .
pada kemuncak program tersebut ketua pemuda cawangan sri kekwa jengka 5 telah menyerahkan borang keahlian baru Umno kepada Dato Shahaniza, ini menunjukkan sepakatan ahli pemuda dalam melaksanakan program mahupun ianya adalah program di peringkat cawangan.Keahlian baru perlu ditambah untuk memastikan kemantapan pemuda di masa kelak di samping menunjukkan tanggungjawab kepimpinan diperingkat cawangan .
Syabas di ucapkan kepada pergerakan pemuda cawangan jengka 5 dan seri kekwa jengka 5 kerana dapat menganjurkan program futsal tertutup dengan jayanya.


KEMPEN BARU..

aminchenor.blogspot.com
Setelah memikirkan dengan secara mendalam hari ini saya akan melancarkan KEMPEN PENGHARAMAN PROGRAM REALITI YANG BERBENTUK HIBURAN MELALAIKAN TERMASUK PROGRAM REALITI MENCARI PENYANYI DAN PENGHIBUR. Saya merasakan bahawa program sebegini lebih membawa keburukan dari kebaikan berdasarkan hujah-hujah berikut :
1. Program ini melalaikan masyarakat.
2. Ianya membazir apabila terpaksa menghantar sms yang banyak
3. Lebih banyak lagi karier yang lebih baik untuk anak muda selain dari menjadi penghibur.
4. Tanpa program sebegini tetap penyanyi dan penghibur dapat mengetengahkan bakat mereka.
5. Melemahkan pemikiran masyarakat kerana asyik dengan hiburan semata-mata.
6. Syarikat yang menganjurkan program mengutip keuntungan atas angin hasil undian peminat.
7. Memusnahkan hidup peserta yang tersingkir awal kerana telah berhenti kerja dan komitmen lain untuk menyertai program.
8. Menggalakkan budaya tidak sopan apabila tidak dapat mengawal diri dalam memberi sokongan kepada peserta dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.
9. Menyemaikan budaya hidup barat yang mementingkan hiburan semata-mata dan tidak ada nilai murni yang baik.Adalah diharapkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan rakyat secara keseluruhannya. Insyaallah apabila program telivisyen yang baik dan berilmu akan membentuk rakyat yang ilmiah dan madani.