Saturday, May 16, 2009

media baru hari ini.....

www. agendadaily.com
Walaupun pembangkang kini bersikap kurang ajar, UMNO begitu juga Barisan Nasional (BN) tidak perlu bersikap serupa untuk menentang parti tersebut tetapi perlu tegas ibarat ‘api kena dilawan dengan api’ juga.
Dalam masa sama UMNO kena mengubati hati orang Melayu yang rata-rata sudah kecewa kerana parti itu dilihat lebih banyak menyenangkan hati orang Cina dan India sedang mereka tidak menjaga hati orang Melayu.
Dua perkara ini adalah antara dibangkitkan dalam Forum ‘Conversation’ Trend Pilihan Raya Kecil” anjuran ibu pejabat UMNO di PWTC Jumaat malam.
Tiga ahli panel adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan penulis blog,Datuk Kadir Jasin, Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Prof Dr Zainal Kling daripada UPSI manakala pengerusinya Datuk Shahaniza Shamsuddin.
Kadir berpendapat, sekiranya hati orang Melayu tidak diubati, UMNO bukan sahaja tidak boleh bangkit kembali ke asal tetapi akan habis dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun katanya, jika ini berlaku, UMNO boleh jadi pembangkang Melayu yang kuat untuk mempertahankan orang Melayu di luar kerajaan seperti sebelum tahun 1959.
Dr Zainal pula berpandangan, isu-isu tempatan yang ada kaitan dengan pengundi menjadi pengaruh besar dalam pilihan raya kecil kebelakangan ini selain faktor keperibadian calon.
Katanya menjadi trend baru juga bahawa isu negara walaupun besar ianya tidak dapat mempengaruhi pengundi sebaliknya mereka mencari parti yang membuat janji populis.
“Contohnya jika kurangkan bayaran air atau turunkan harga minyak. Mereka tidak lagi melihat janji-janji untuk jangka masa panjang terutama soal pembangunan yang dinyatakan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, sikap UMNO yang terlalu defensif terhadap serangan pembangkang memberi kesan buruk apabila ada isu-isu dibangkitkan tidak dijawab.
“Politik kini memasuki permainan baru – lawan tetap lawan tetapi UMNO tidak pernah memburukkan pembangkang termasuk (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Baik atau tak baik, menang atau tak menang, mereka tetap memburukkan UMNO,” katanya.
Mohd Hafarizam pula menceritakan pengalamannya berdepan dengan peguam-peguam mewakili pembangkang termasuk Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang kurang ajar dalam mahkamah.
Sebaik beliau menyentuh isu kurang ajar, Kadir mencelah bahawa UMNO tidak perlu kurang ajar tetapi patut tegas berdepan tindak tanduk pembangkang.
“Mereka (pembangkang) harus ditentang. Harus api dilawan dengan api,” kata penasihat undang-undang UMNO itu yang turut disokong Dr Zainal.
Mohd Hafarizam mengulangi insiden ketika siding Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila speaker S. Sivakumar menjerit-jerit mengarahkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Adun BN serta tiga Adun Bebas keluar.
Pembangkang juga katanya yang mula menyerbu ke ruang penyokong BN.
Forum itu turut menyentuh peranan media baru terutama blog yang dikatakan amat berkuasa tetapi dinafikan Kadir dengan berkata, sebenar media arus perdana yang lemah maka media baru nampak seperti hebat.
Selain itu katanya, ianya berkaitan persepsi sebahagian masyarakat yang sudah ditanam dalam minda mereka bahawa semua berkaitan kerajaan tidak boleh dipercayai.
Dalam isu sama, Mohd Hafarizam pula berkata, masalah persepsi ini jelas dilihat apabila keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada pembangkang.
Bila kerajaan atau BN menang dalam kes di Perak, mereka kata ada tangan ghaib dan keputusan aneh serta menghairankan tetapi sebelum itu bila Nizar menang, mereka kata itu kehendak rakyat,” jelasnya.
Mengenai pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini, Kadir berkata, BN perlu bertanding. “Sama ada pilihan raya umum atau kecil, ianya sama saja. Cakap-cakap tak mahu tanding hanya akan lebih merosakkan BN atau UMNO,” katanya
pendapat CTB pula, cara pembangkang kini memdekati hati rakyat adalah dengan menggunakan segala kemudahan yang ada namun tidak diperaktikkan oleh pemimpin umno mahupun ahli umno, antaranya menggunakan media baru blog, facebook, sms , web site dan sebagainya untuk menghebahkan segala maklumat supaya sampai ke akar umbi. Namun lagi menyedihkan pemimpin umno sendiri ramai yang buta IT. ini menyebabkan pembangkang mengambil peluang dari kelemahan pihak umno sendiri.

1 comment:

  1. Lu punya komen banyak lah tapi realiti orang tenguk lain Lu bawak pencacai sana sini canang sana sini tapi bila berhadapan dengan rakyat semua tak jadi Ini tthe first place umno politician are all withour karisma lu check lah betul - betul kata gua harap Khir Toyo habis tojol sapu sampai pergi disneyland yang lain tak payah cakaplah faham sendiri Correct -correct.

    ReplyDelete