www.agendadaily.com
Dari segenap sudut lojik akal tiada sebab apapun Barisan Nasional (BN) perlu melayan karenah PKR yang boleh dikira ‘ suka suka’ buka gelanggang pilihanraya kecil di Penanti. Ini kerana pilihanraya kecil yang ditetapkan pada 31 Mei nanti semata-mata diadakan untuk menyelesaikan masalah rumahtangga PKR yang dikatakan nak tendang bekas ADUN Fairus Khairuddin. Namun hingga ke saat akhir menjelang Biro Politik UMNO bermesyuarat hari ini untuk memutuskan ‘ ya atau tidak’ bertanding di Penanti perkiraan sesetengah pimpinan UMNO dikatakan berkisar pada soal maruah parti.
Keputusan yang bakal dibuat hari ini dikira adalah satu langkah besar yakni persimpangan sama ada BN akan terus layan dan layan ‘ jerat’ pembangkang untuk berentap dalam pilihanraya kecil ciptaannya atau sebaliknya. Selepas Penanti di mana rasminya Fairus letak jawatan ‘ kerana nak lanjutkan pelajaran’ BN berkemungkinan besar lepas ini akan berdepan dengan karenah ADUN DAP Kota Alam Shah M. Manoharan di Selangor pula yang sedang timbang nak letak jawatan kerana ‘ kecewa tak dapat berkhidmat’. Ada pemerhati politik yang melihat tindakannya itu tidak lebih daripada cuba highlight soal penahanan ISA kerana kegiatan HINDRAF untuk membakar lagi kemarahan para penyokongnya terhadap kerajaan.
Pokok pangkalnya Manoharan bertanding pilihanraya umum lalu semasa dalam tahanan dan sudah tentu patut sedar beliau tidak mungkin dapat berkhidmat seperti para ADUN lain. Juga tak salah kalau buat andaian beliau nak gunakan alasan ini untuk wujudkan tekanan kepada kerajaan agar membebaskannya dari tahanan ISA. Malah ada yang berpendapat sebab musabab pilihanraya kecil diadakan sejak Datuk Seri Wan Azizah Ismail letak jawatan di Permatang Pauh kerana ‘ suka-suka’ nak beri laluan kepada suaminya,diikuti oleh V Arumugam di Bukit Selambau yang tidak diketahui sebabnya,kemudiannya Fairus dan mungkin lepas ini Manoharan… sudah jadi cacamarba. Maruah satu hal tetapi melayan cacamarba yang tak sudah-sudah adalah satu hal lain.Tak gitu ? -
No comments:
Post a Comment