Wednesday, March 18, 2009

Khairy, Khir Terima Dan Hormati Keputusan Lembaga Displin UMNO

www.pemudaumno.org.com


Kuala Lumpur -- Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, beliau menerima dengan hati terbuka dan menghormati amaran yang diberikan Lembaga Disiplin terhadap dakwaan yang mengaitkannya dengan kesalahan politik wang.
Sambil menegaskan, beliau berpendirian dirinya tetap tidak bersalah dalam kes berkenaan beliau mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Disiplin kerana masih memberikannya peluang untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda hujung bulan ini.
Beliau seterusnya mendakwa ada pihak yang cuba untuk menghalangnya daripada bertanding.
"Ingin ditegaskan sekali lagi saya tidak bersalah terhadap tuduhan yang dilemparkan itu dan saya sudah memberi penjelasan kepada Lembaga Disiplin.
"Sehubungan itu, saya akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung amaran diberikan kepada saya dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Tegas beliau lagi apa yang penting di sini beliau masih lagi boleh bertanding.
"Saya tegaskan saya tidak bersalah dan saya telah menyampaikan pendapat saya ini kepada Lembaga Disiplin.
"Tetapi penilaian Lembaga Disiplin berbeza dan mereka telah buat keputusan. Alhamdulillah saya masih lagi boleh bertanding. Bagi saya itu yang penting," katanya.
Sementara itu, seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati tidak bersalah pula melahirkan kesyukuran dengan keputusan Lembaga Disiplin.
"Keadilan sudah terbukti dan pengadilan menunjukkan saya tidak bersalah. Segala tuduhan yang dilemparkan terhadap saya selama ini adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Beliau seterusnya berkata keputusan Lembaga Displin UMNO juga telah memberikannya semangat baru untuk terus berusaha dan bekerja keras bagi mendapatkan kemenangan pada pemilihan UMNO hujung bulan ini.

Monday, February 23, 2009

ADUN BATANG AI SARAWAK, MENINGGAL DUNIA



www.agendadaily.com

Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak, Datuk Dublin Ingkot meninggal dunia jam 1.25 pagi Selasa pada usia 53 tahun. Mendiang yang diserang angin ahmar Mei tahun lalu, juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai dalam kawasan Parlimen Lubok Antu.

Mendiang yang juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya negeri 2006 dengan mengalahkan calon SNAP, Bawin Anggat. Dengan kematian mendiang, DUN Batang Ai akan menyaksikan satu pilihan raya kecil diadakan kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak belum melepasi tiga tahun atau dua pertiga daripada tempoh penggal DUN Sarawak.

Mei ini, penggal DUN Sarawak akan masuk tempoh tiga tahun. Tempoh penggal pilihan raya Sarawak akan berakhir pada tahun Mei 2011.

Wednesday, February 18, 2009

TIGA CALON PEMUDA UMNO BERDEBAT











Ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO, yang berdebat dalam rancangan bual bicara Hujah malam ini bersepakat untuk membawa perubahan yang lebih mantap kepada pergerakan itu dengan memperkenalkan prinsip perjuangan masing-masing.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO perlu mempunyai satu pakej pengisian prinsip bersama dengan Pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi membawa perubahan.
“Rupa bentuk dan pengisian Pemuda BN hanya bergabung semasa pilihan raya, tetapi selepas pilihan raya tidak pernah ada perhatian dan kurang program bersama,” katanya dalam program yang dikendalikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Mohammad Agus Yusof, yang disiarkan di TV9.
Bernama melaporkan Khairy berkata penyelarasan Pemuda Umno dan Pemuda BN juga dapat memperkemaskan semula prinsip dan hak kaum dan secara langsung akan memperkemaskan pergerakan itu sebagai satu gabungan parti nasional.
Ahli Parlimen Jerlun pula, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, berpendapat rombakan dari peringkat kepimpinan tertinggi dan dari kalangan generasi muda akan membawa jati diri lebih kuat untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap Umno.
“Pemuda UMNO perlu bersefahaman dan membetulkan kelemahan yang ada.
“Kepimpinan yang baru itu perlu tegas untuk terus memantapkan UMNO supaya parti tidak menyimpang dari perjuangan asal yang mengamalkan dasar keterbukaan demi kepentingan rakyat,” katanya.
Menurutnya, semua rakyat perlu memahami UMNO adalah parti orang Melayu yang mengamalkan dasar keterbukaan kepada semua rakyat khususnya menjaga kepentingan semua kaum termasuk Cina, India dan kaum etnik lain.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo pula berkata, sayap parti itu perlu menjadi suara kerajaan dan rakyat yang dapat mengimbangi pelbagai isu agar tidak dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
“Pemuda UMNO bukan seperti Pemuda parti lain (pakatan pembangkang) yang hanya menjadi suara rakyat, Pemuda UMNO perlu jadi suara kerajaan dan menerangkan pelaksanaan dasar kerajaan kepada rakyat dengan jelas,” katanya.
Beliau berkata, kemenangan pihak pembangkang di negeri Selangor akan menjadi pengajaran yang digunakan untuk membetulkan kelemahan bagi memantapkan parti UMNO.

PENANGGUHAN PROGRAM

Salam buat semua ahli pemuda maran….seperti yang sedia maklum sebelum ini Biro akan mengadakan program turun padang yang akan menjelajah ke setiap pelusok cawangan di Parlimen maran, namun program tersebut terpaksa di tangguhkan sehingga selesai sidang perwakilan umno yang akan diadakan pada bulan march nanti..

Penangguhan tersebut disebabkan Ahli Jawatankuasa Biro terlibat dalam sessi kempin untuk pemilihan nanti.Namun ianya tidak menyecewakan ahli pemuda maran kerana pada 28/2/2009 nanti akan diadakan program di Felda Jengka 4. Antara isi program tersebut adalah seperti penubuhan semula pemuda cawangan Jengka 4 , Penambahan ahli umno semakan daftar pemilih dan banyak lagi hasil dari kerjasama dengan puteri umno maran.

Semua ahli pemuda maran dijemput untuk hadir untuk bersama-sama menjayakan program tersebut .

Tuesday, February 10, 2009

SERTAI KAMI

kepada semua ahli pemuda yang berada di setiap pelusok daerah maran, sila sertai bantahan terhadap karpal dan nizar dengan memasang reben kuning pada area kereta tanda menyokong kepimpinan tuanku sultan perak dan raja-raja melayu di malaysia. Reben tersebut akan diedarkan bermula pada pagi esok dan akan diaturkan oleh AJK pemuda bahagian maran.
segala masalah sila hubungi biro kami..
sekian terima kasih.

Sunday, February 8, 2009

Salam Perjuangan

Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekretariat Biro kerana berusaha supaya tertubuhnya blog Biro Hal Ehwal Keahlian , Cawangan dan Daftar Pemilih PPU Maran ini. Semoga dengan adanya blog ini akan memberi ruang kepada ahli pemuda dan juga bukan ahli pemuda yang ingin mendapatkan maklumat, berkongsi idea dan juga bertukar fikiran dengan pihak Biro dan juga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Walaupun penubuhan blog biro ini bolehlah dikatakan agak lewat dan ketinggalan zaman tetapi yang mustahaknya ialah kemampuan untuk menerima perubahan dan pandangan masyarakat yang sentiasa memerhatikan parti UMNO ini terutama golongan mudanya. Oleh yang demikian saya menyeru pihak sekretariat dan juga ahli pemuda menggunakan sebaiknya peluang yang ada untuk memperbaiki dan juga memberi khidmat yang terbaik kepada kepada masyarakat di luar sana. Selaku pengerusi biro saya sedar bahawa tidak mungkin semua masalah akan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat tetapi jika semua pihak berusaha dan berpadu tenaga, Insyaallah segala halangan akan dapat di tempuhi.

Sebagai pewaris perjuangan Agama dan bangsa, saya berdoa dan menyeru kepada diri saya, rakan seperjuangan dalam biro, AJK PPU Bahagian dan juga ahli pemuda sekelian supaya sentiasa ikhlas dan tawadduk dalam perjuangan. Segala permasalahan Insyaallah dapat diselesaikan dengan bermesyuarah dan kerjasama. Selamat bekerja dan berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air..

Saturday, February 7, 2009

Badminton di Kampung Luit






6hb Februari 2009
11 malam