Monday, January 25, 2010

PR sudah huru - hara

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan mesyuarat khas Biro Politiknya Selasa depan bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin yang membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah.

Setiausaha Agung PKR yang baru, Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Agendadaily, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen PKR hari Sabtu membuat laporan polis terhadap Khalid kerana kenyataannya mengenai isu kalimah Allah disifatkan boleh mengelirukan umat Islam.

Ini bukan kali pertama Zulkifli bertelagah dengan Khalid kerana sebelum ini mereka berdua pernah saling melemparkan kenyataan sehingga menyebabkan Zulkifli pernah diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR.

Ditanya lebih lanjut, Saifuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat Biro Politik terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan rasmi mengenainya dibuat.

Sementara itu Khalid nampaknya tidak ambil kisah dengan laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli dan sebaliknya tetap berpegang dengan kenyataannya sebelum ini kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan pendirian rasmi Pas dan PKR.

Beliau juga mempersoalkan kepada Ahli Parlimen PKR itu tidak buat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana mempunyai pendirian yang sama dengannya.

Khalid hairan kenapa Zulkifli berminat sangat dengan dirinya.24/1/2010


www.agendadaily.com/

No comments:

Post a Comment